Malaysia tidak boleh bergantung kepada dasar monetari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berbaki lebih seminggu lagi menjelang pembentangan Belanjawan 2020, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Lin See Yan berkata Malaysia memerlukan dasar fiskal untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Katanya negara tidak boleh bergantung kepada dasar monetari.

“Ini terutamanya apabila kadar faedah menjadi semakin rendah dan rendah, (maka) kesan ke atas dasar monetari menjadi kurang efektif, jadi anda memerlukan dasar polisi untuk menanagani (dari segi) perbelanjaan pembangunan kerana ia adalah penting, dan kita memerlukannya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Lin berkata Malaysia telah mencapai tahap yang mana negara ini dilabelkan sebagai ekonomi “sugar high” (rancak) dengan lonjakan monetari untuk pertumbuhan.

“Sugar high’ adalah baik untuk ekonomi untuk tempoh setahun dua, namun, ia tidak menyelesaikan masalah dan kita tidak boleh bergantung kepada dasar monetari untuk lonjakan pertumbuhan,” katanya.

Bagi Belanjawan 2020, Lim berpendapat golongan pertengahan di Malaysia memerlukan lebih banyak pelepasan cukai.

“Saya merupakan pejuang golongan kelas pertengahan. Jika anda melihat gambaran keseluruhan, hasil, cukai pendapatan, golongan pertengahan tidak membayar tinggi seperti golongan berada, namun mereka membayar lebih banyak cukai lain seperti duti import dan cukai jualan.

“Ekonomi bergantung kepada perbelanjaan (kelas pertengahan), namun lebih banyak anda (kelas pertengahan) berbelanja, lebih banyak cukai perlu di bayar. Namun, ia hanya ilusi, anda fikir anda membayar cukai yang kurang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Lin berkata golongan kelas pertengahan membayar cukai lebih tinggi kerana golongan berada ke luar negara dan tidak membayar cukai di Malaysia. - Bernama