Dua maut tercampak dari rollercoaster

Sekurang-kurangnya dua orang maut dalam kejadian di Mexico City itu. - Foto Twitter
Sekurang-kurangnya dua orang maut dalam kejadian di Mexico City itu. - Foto Twitter
A
A
A

BANDAR MEXICO - Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas permainan rollercoaster tergelincir di sebuah taman hiburan di Mexico.

Menurut pihak berkuasa, gerabak itu tergelincir dan jatuh ke tanah di taman tema La Feria de Chapultepec di bandar Mexico semalam.

Menerusi laporan Sky News, dua mangsa itu, remaja lelaki berusia 18 dan 21 tahun dan dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan teruk termasuk luka di bahagian kepala.

Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian itu. - Foto Twitter
Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian itu. - Foto Twitter

Mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut selepas mendapat rawatan awal daripada pasukan paramedik di tempat kejadian.

Sementara itu, menurut pihak berkuasa, laporan awal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada masalah mekanikal menyebabkan ia terjatuh sehingga 10 meter ke bawah.

Taman tema berkenaan menerusi Twitter berkata, pihaknya berasa sedih di atas kemalangan dahsyat itu dan melancarkan siasatan mencari punca nahas.- Agensi

Artikel Berkaitan: