Pacuan empat roda ditemui terbakar

Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit untuk memadam kebakaran tersebut. Foto: Ihsan pembaca
Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit untuk memadam kebakaran tersebut. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

PASIR PUTEH - Sebuah pacuan empat roda yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu ditemui terbakar di Taman Harmoni, Tok Bali dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan I Ahmed Mazdan Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.01 malam.

"Seramai tujuh anggota yang diketuai komander operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Zailan Margo telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam kebakaran," katanya.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian bomba dapati kenderaan tersebut sudah terbakar 80 peratus.

Katanya, bomba mengambil masa selama 15 minit untuk memadam kebakaran tersebut.

"Punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan," katanya.

Sebelum itu tular di laman sosial Facebook yang mendakwa sebuah pacuan empat roda telah dicuri di kawasan parkir sebuah pasar raya di Kota Bharu.

Artikel Berkaitan: