Boban puji karakter juang pemain JDT II

Md Rozaimi Abd Rahman (kanan) meraikan jaringan gol kedua pada separuh masa kedua pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Cabaran di Pasir Gudang, semalam.
Md Rozaimi Abd Rahman (kanan) meraikan jaringan gol kedua pada separuh masa kedua pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Cabaran di Pasir Gudang, semalam.
A
A
A

PENEGNDALI Johor Darul Ta’zim II (JDTII), Ervin Boban memuji karakter juang dipamerkan pemainnya ketika menjinakkan Terengganu FC II 2-1 untuk mara ke final aksi Piala Cabaran dengan agregat 4-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, semalam.

Menurutnya, kejayaan itu hasil kerja keras barisan pemainnya selain sokongan padu daripada semua pihak terutamanya Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pihak pengurusan kelab.

“Sama ada kami bertemu Sarawak atau UKM FC di pentas final nanti, kedua-duanya adalah pasukan yang bagus dan pastinya ianya akan menjanjikan aksi berbeza. Apa pun keputusan pada aksi final nanti saya sentiasa berada di belakang pemain-pemain menyokong mereka,” katanya.

Mengulas prestasi Mohammed Ghaddar yang dilihat gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang pada perlawanan itu, Boban mempertahankan pemain serangan dari Lubnan tersebut sambil menyifatkan Ghaddar masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Artikel Berkaitan: