Agong tiba di Istana Balai Besar


KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Istana Balai Besar di sini pada jam 3.15 petang.
Baginda berdua menziarahi jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra dan Sultan Muhammad V serta kerabat Diraja Kelantan.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Muhammad V serta seluruh kerabat Diraja Kelantan.
Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 8.11 pagi tadi.
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim, Kota Bharu.
Agong beri penghormatan terakhirYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Jeli; Datuk Seri Mustapa Mohamed, Mufti Kelantan; Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Polis Kelantan; Datuk Hasanuddin Hassan tiba di Istana Balai Besar untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat pada pukul 8.11 pagi ini, Almarhum Sultan Ismail Petra adalah ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Lapor Wartawan Kota Bharu, Akmalia Razak.
Posted by Sinar Harian on Saturday, September 28, 2019Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Anwar santuni penerima topi keledar percuma di SIC
01 November 2026 09:15pmTermakan ayam haram tidak berdosa - Mufti
01 November 2026 09:08pmDua pesawat FA-50M tiba di Pangkalan Udara Kuantan
01 November 2026 09:03pmRM7.54 juta takaful bantu 1,541 pesawah Kedah
01 November 2026 04:54pm'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
