Nak lari daripada polis konon!

Suspek yang menaiki Proton Inspira berjaya ditahan di Taman Midah, Cheras Kuala Lumpur.
Suspek yang menaiki Proton Inspira berjaya ditahan di Taman Midah, Cheras Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cubaan dua penjenayah dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah memecut laju kenderaannya selepas dikejar polis di kawasan Taman Midah, Cheras di sini hanya sia-sia.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, suspek yang menaiki kereta jenis Proton Inspira dikesan dalam keadaan mencurigakan semasa rondaan cegah jenayah sepasukan anggota Balai Polis Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, ketika cuba ditahan suspek bertindak memecut kenderaannya sebelum melanggar salah seorang anggota polis di persimpangan jalan di Taman Midah dan berjaya ditangkap.

"Semakan mendapati kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 39 dan 41 tahun.

Antara barang yang ditemui dalam kenderaan dinaiki suspek.
Antara barang yang ditemui dalam kenderaan dinaiki suspek.

"Pemeriksaan lanjut dalam kereta curi terbabit menemui beberapa peralatan disyaki diguna untuk pecah rumah seperti besi kuku kambing dan pemutar skru selain barangan juga disyaki hasil jenayah iaitu barangan kemas dan wang tunai," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, semakan lanjut juga mendapati suspek pertama memiliki 15 rekod jenayah manakala suspek kedua dikesan mempunyai 12 rekod lampau dan tiga rekod dikehendaki bersabit kes pecah rumah di Kajang, penyalahgunaan dadah di Kajang dan Mambau, Negeri Sembilan.

"Siasatan dipercayai suspek ini baharu melakukan pecah rumah di Taman Midah sebelum disedari penghuninya kira-kira jam 4.30 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek yang didapati positif dadah itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.