Belanjawan 2020: Beri tumpuan tawaran kerja bernilai tinggi

Mukhriz
Mukhriz
A
A
A

ALOR SETAR - Tawaran peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada golongan belia merupakan antara perkara ditekankan kerajaan Pakatan harapan (PH) di bawah pembentangan Belanjawan 2020 bulan depan.

Pengerusi PH Kedah merangkap Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, isu tawaran pekerjaan berkenaan merupakan salah satu perkara penting dari kaca mata PH sepertimana manifesto.

Menurutnya, kerajaan PH sememangnya memberi tumpuan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan khususnya yang bernilai tinggi.

"Kita tidak mahu pekerjaan ditawarkan bergaji rendah sebaliknya ingin memberi tumpuan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dan menawarkan gaji lumayan ikut kemahiran dimiliki.

"Tidak dinafikan kita mendapati wujud jurang bekalan dan permintaan yang mana dari segi bekalan kita lihat pelajar universiti adakalanya memiliki latar belakang akademik adakalanya tidak menepati pasaran," kata Menteri Besar Kedah itu kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan dalam melatih golongan berkenaan semula supaya memiliki kemahiran yang menepati kehendak pasaran.

"Jikalau industri di Kedah, kita akan ada logistik, aeroangkasa, robotik, pertanian moden dan sebagainya. Jadi kita harapkan apa disediakan kerajaan pusat akan bantu golongan muda untuk memenuhi permintaan pasaran nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: