X

Kindly register in order to view this article
!

Ungkit sengketa lama mahu pecah belah Pas-UMNO: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim
A
A

PASIR MAS - Tindakan Pakatan Harapan (PH) mengungkit sengketa lama Pas dan UMNO yang dijadikan sebagai salah satu 'senjata' adalah untuk memecah belahkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu Islam itu menerusi Muafakat Nasional.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tujuan sengketa lama itu dihangatkan semula kerana mahu Pas dan UMNO kembali berpecah seperti yang berlaku sebelum ini.

"Apa tujuan mereka berbuat demikian? Tindakan itu kerana mahu Pas dan UMNO berpecah semula.

"Sehingga mereka sebut Pas dan UMNO boleh berpakat pada masa sekarang dan kemudian berpecah belah masa proses agihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) nanti," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Perdana Hijratul Rasul dan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Mini Pasir Mas di sini malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

Menurutnya, kedua-dua parti sudah berjanji untuk menyerahkan kepada jawatankuasa induk yang akan menentukan hala tuju.

Katanya, Pas akan berusaha sebaik mungkin menjaga muafakat yang telah dibentuk itu.

"Sebab itulah saya berpesan kepada semua supaya jaga hubungan dengan ALLAH.

"Kalau kita tidak jaga hubungan dengan ALLAH, syaitan akan masuk tengah. Maka syaitan akan menghasut supaya timbul perasaan dengki, tidak puas hati," katanya.