ADUN Labuk daripada PBS sertai Warisan

A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Abdul Rahman Kongkawang hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Abdul Rahman yang juga Naib Presiden PBS menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Warisan merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini.

Abdul Rahman adalah ADUN kedua menyertai Warisan selepas ADUN Tandek Datuk Anita Baranting pada 6 Mac lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang sebelum itu merupakan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Labuk pertama kali bertanding mewakili PBS menggantikan penyandang kerusi itu Datuk Michael Asang.

Beliau menang dengan majoriti 2,600 undi selepas menewaskan calon lain iaitu Ramsah Tasim daripada Warisan, Rainus Awang (Parti Soladariti Tanah Airku) dan James Miki (Parti Cinta Sabah). Bernama

Artikel Berkaitan: