Henry Gurney juara pertandingan hafazan, nasyid

Abdul Aziz (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena pertandingan tersebut.
Abdul Aziz (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena pertandingan tersebut.
A
A
A

BENTONG - Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka dinobatkan selaku juara keseluruhan dalam Majlis Perujian Hafazan al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2019 semalam.

Pertandingan yang berlangsung di Penjara Bentong bermula Selasa lalu menyaksikan penyertaan 31 institusi penjara dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak melibatkan 129 penghuni lelaki dan 40 wanita.

Kemenangan yang dinilai melalui kiraan mata keseluruhan itu membolehkan sekolah berkenaan menerima piala pusingan, sijil penghargaan dan wang tunai yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Abd Aziz Abd Razak.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu hafazan bagi lelaki dan wanita untuk tahap satu, dua dan tiga selain pertandingan nasyid.

Bagi kategori hafazan lelaki tahap satu menyaksikan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan muncul juara manakala tahap dua dimenangi Penjara Kajang, Selangor dan tahap tiga diraih oleh penghuni dari Penjara Marang, Terengganu.

Untuk kategori wanita pula, Penjara Kluang, Johor juara bagi tahap satu, Penjara Sungai Udang, Melaka pula mengungguli tahap dua dan tahap tiga dimenangi Penjara Bentong, Pahang.

Dalam pada itu, pasukan dari Penjara Kluang, Johor dinobatkan selaku juara selepas menewaskan 14 pasukan lain sekali gus membawa pulang piala pusingan, sijil penghargaan dan wang tunai.

Hadir sama Pengarah Penjara Pahang, Datuk Ab Basir Mohamad dan Pengarah Penjara Bentong, Muhammad Zuki Muhammad Zain.

Artikel Berkaitan: