Klopp mirip Cruyff

Klopp berjaya membentuk kembali Liverpool menjadi kuasa bola sepak digeruni dan dihormati lawan.
Klopp berjaya membentuk kembali Liverpool menjadi kuasa bola sepak digeruni dan dihormati lawan.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp diibaratkan sebagai pengendali yang mempunyai pengaruh cukup hebat seperti dimiliki legenda Belanda, Johan Cruyff semasa membimbing Barcelona.

Pembantu jurulatih Liverpool, Pep Ljinders menyifatkan Klopp berjaya membentuk asas The Reds dengan baik sejak hadir ke Anfield pada 2015.

Malah kata Ljinders, anugerah jurulatih terbaik FIFA yang dimenangi Klopp juga menjadi lambang penghargaan kepada idea dan taktikal pengendali kelahiran Jerman itu dalam arena bola sepak dunia.

"Tidak banyak jurulatih yang mampu memberikan kesan seperti yang dilakukan oleh Klopp. Satu contoh yang paling dekat adalah kita lihat bagaimana Cruyff melakukannya di Barcelona.

“Cruyff bukan hanya mencipta impak pada ketika beliau membimbing pasukan sebaliknya sehingga sekarang. Klopp berjaya mencipta identiti tentang bagaimana kami bermain, cara ingin bermain dan ia akan memberikan impak untuk jangka masa yang panjang.

“Perkara itu juga yang dilakukan Cruyff di Barcelona,” katanya.

Artikel Berkaitan: