Tuanku Muhriz berkenan lancar Strategi Antarabangsa RCSEd

Tuanku Muhriz (kanan) berkenan menyampaikan Sijil Travelling Fellowship kepada Prof Dr Angus James Watson (kiri) ketika Majlis Pelancaran ' The International Strategy: The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Bandar Tun Razak.
Turut serta Naib Presiden Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) Pala Rajesh (tengah). -Foto Bernama
Tuanku Muhriz (kanan) berkenan menyampaikan Sijil Travelling Fellowship kepada Prof Dr Angus James Watson (kiri) ketika Majlis Pelancaran ' The International Strategy: The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Bandar Tun Razak. Turut serta Naib Presiden Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) Pala Rajesh (tengah). -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Strategi Antarabangsa: The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) di Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (ASSC), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.

Keberangkatan baginda turut diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Naib Presiden, Royal College of Surgeons Edinburgh, Pala Rajesh.

RCSEd merupakan salah satu kolej dalam bidang pembedahan dan pergigian tertua di dunia, kini merangka strategi antarabangsa yang baharu untuk melebarkan lagi kejayaan di rantau Asia Tenggara dengan bermula di negara ini.

Rajesh dalam ucapannya berkata, menerusi projek itu, pihaknya akan menyokong pakar bedah dan doktor gigi di seluruh dunia melalui pendidikan, latihan dan peperiksaan serta akan memberi sokongan terhadap Piawaian Perawatan Pembedahan dan Pergigian Tertinggi, memberi tumpuan kepada Piawaian dan Amalan Keselamatan Pesakit di seluruh dunia.

Berpangkalan di Scotland dengan keahlian kira-kira 27,000 daripada lebih 100 buah negara, RCSEd juga muncul sebagai juara bagi pencapaian tertinggi dalam bidang pembedahan dan pergigian di United Kingdom (UK) sejak lebih 500 tahun lalu, selain sangat berpengaruh dalam polisi kesihatan.

Tuanku Muhriz (tengah) berkenan menyaksikan Tuanku Aishah Rohani (kanan) menerima cendera kenangan daripada Naib Presiden Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) Pala Rajesh pada Majlis Pelancaran ' The International Strategy: The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Bandar Tun Razak. - Foto Bernama
Tuanku Muhriz (tengah) berkenan menyaksikan Tuanku Aishah Rohani (kanan) menerima cendera kenangan daripada Naib Presiden Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) Pala Rajesh pada Majlis Pelancaran ' The International Strategy: The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Bandar Tun Razak. - Foto Bernama

Dalam pada itu, Mohd Hamdi berkata, pihaknya mendapat banyak manfaat menerusi pelbagai program kerjasama yang dilaksanakan dengan RCSEd selepas kolej terkenal dunia itu membuka pejabat antarabangsa pertama di UKM kira-kira setahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Sejak itu, ramai doktor dari dalam dan luar negara yang memperoleh manfaat menerusi program bersama untuk meningkatkan kemahiran dan kecerdasan klinikal," katanya.

Jelasnya, UKM selaku universiti pertama di Malaysia yang menawarkan program pasca siswazah Ijazah Pembedahan selari dengan hasrat untuk melahirkan pakar bedah tempatan kini semakin melangkah ke hadapan.

"UKM telah melahirkan ramai pakar bedah bagi memenuhi keperluan kesihatan yang komprehensif di seluruh negara.

"Pakar bedah kelahiran UKM juga telah mencipta nama dalam pelbagai aspek pembedahan tulang belakang, pemindahan koklea dan sebagainya, " katanya.