X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Jho Low dilindungi di sebuah negara

A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia mengenal pasti ada pihak tertentu yang dipercayai melindungi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di sebuah negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jho Low dipercayai mendapat pelindungan di sebuah negara.

"Dia bebas bergerak dan berniaga di negara tersebut. Jho Low manusia yang paling dikehendaki licik dan mempunyai agenda jahat serta menggunakan wang untuk beli pengaruh.

"Kami tahu di mana dia, kami sedang berunding dengan negara itu, namun saya yakin akan dapat membawa balik Jho Low tidak lama lagi," katanya.

Abdul Hamid tidak mahu mendedahkan nama negara tersebut.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda inisiatif Sinar Harian dan Sin Chiew Daily di Dewan Karangkraf di sini yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar hari ini.

Pada Mei lalu, Abdul Hamid memberitahu media, polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang gagal dikesan sejak 2015.

Abdul Hamid juga memaklumkan pihaknya akan membawa balik Jho Low yang terlibat dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) disalahgunakan daripada 1MDB.

Jho Low, 38, dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!