X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Trump gesa India pulihkan hubungan dengan Pakistan

Donald Trump
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Perdana Menteri India, Narendra Modi memulihkan hubungan dengan Pakistan susulan ketegangan yang berlaku di Kashmir, lapor agensi berita Anadolu.

Semasa pertemuan di luar sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Trump menggalakkan Modi memperbaiki hubungan dengan Pakistan dan memenuhi janjinya bagi meningkatkan kehidupan rakyat Kashmir.

Jammu dan Kashmir yang dikuasai India dilanda ketegangan sejak 5 Ogos apabila kerajaan India menolak Artikel 370 Perlembagaan India dan status istimewa yang diberikan kepada rantau ini.

Sejak itu, ramai orang sebahagian besar pemimpin politik ditangkap pihak berkuasa.

Menjelang pertemuan dua hala, Trump berkata, ia sesuatu yang baik andai New Delhi dan Islamabad dapat mencari penyelesaian berhubung isu Kashmir.

"Kita semua mahu melihatnya, saya pasti yang lain juga mahu melihatnya," katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!