Karnival Rahmah 2019 bawa mesej kasih sayang, harmoni

Antara aktiviti menarik sempena Karnival Rahmah di Dataran Putrajaya bermula dari jam 8.30 malam 26 September hingga 29 September 2019 ini. Ada lebih 20 acara menarik menanti pengunjung.
Antara aktiviti menarik sempena Karnival Rahmah di Dataran Putrajaya bermula dari jam 8.30 malam 26 September hingga 29 September 2019 ini. Ada lebih 20 acara menarik menanti pengunjung.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kasih sayang dan hidup dalam suasana harmoni di negara ini antara mesej dibawa pada Karnival Rahmah 2019 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya di sini bermula esok hingga 29 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, mesej tersebut penting kerana Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk berkasih sayang bukan sahaja terhadap sesama Muslim tetapi kepada seluruh makhluk.

“Karnival ini menyediakan pelbagai program yang mempunyai mesej tersendiri yang mensasarkan mesej kasih sayang, persaudaraan dan mesej-mesej seperti hidup dalam suasana yang harmoni dan sebagainya.

“Setiap gerai pameran mempunyai enam nilai utama RAHMAH iaitu Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat. Setiap gerai ada nilai tersendiri yang akan diterjemah dan ia sarat dengan mesej.

“Dalam suasana hari ini yang penuh dengan pelbagai isu perkauman yang menjurus kepada kebencian dan sebagainya, diharapkan karnival ini boleh membawa mesej kedamaian dan keharmonian yang sangat diperlukan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mujahid berkata, karnival dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu berkonsepkan edutainment yang menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat.

"Kita menyasarkan lebih ramai pengunjung daripada pelbagai kaum dan bangsa. Pelbagai program dan aktiviti yang sesuai untuk semua pengunjung antaranya karnival kanak-kanak, program pencarian bilal, maidatul Quran, halal Fun Run, pesta buah-buahan (Sabtu), jamuan rahmah, konsert rahmah dan eco alami ride serta pertunjukan paragliding," katanya.

Katanya, orang ramai juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang karnival antaranya pakej umrah dan motosikal Yamaha 15ZR dengan mengumpulkan cop di gerai-gerai yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Gerai daripada agensi-agensi hal ehwal Islam juga turut disediakan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Karnival Rahmah 2019 atau Instagram KarnivalRahmah2019," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hayati mesej Islam menerusi Karnival Rahmah 2019