X

Kindly register in order to view this article
!

Hayati mesej Islam menerusi Karnival Rahmah 2019

Program Karnival Rahmah 2019 (KR19) bakal berlangsung di Dataran Putrajaya pada 27 hingga 29 September ini.
A
A

PUTRAJAYA - Program Karnival Rahmah 2019 (KR19) bakal berlangsung di Dataran Putrajaya pada 27 hingga 29 September ini, bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail berkata, KR19 dianjurkan bersama Jabatan Perdana Menteri (Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama agensi-agensi agama Persekutuan.

Beliau berkata, KR19 dimulakan dengan Forum Perdana Ehwal Islam pada malam Khamis dengan menampilkan penceramah tersohor iaitu Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Datuk Dr Izhar Arif.

"Di samping itu, pelbagai rakan strategik terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, korporat dan lain-lain turut memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan karnival besar maknanya itu.

"Kerjasama dengan pelbagai pihak ini telah menjadi pendekatan dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ajib berkata, terdapat lebih 20 acara menarik disediakan sepanjang KR19 berlangsung sesuai untuk segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

"Antaranya forum perdana ehwal Islam, konsert rahmah bersama artis terkenal, diskusi duta rahmah, pencarian bilal, halal fun run, choral speaking, jamuan rahmah dan karnival kanak-kanak.

"Tidak ketinggalan, konvoi motosikal berkuasa tinggi, pesta buah-buahan, eco alami ride, sukan rahmah, pelbagai jualan dan pameran, konvensyen murabbi ummah, maidatul Quran dan pertunjukan paragliding.

"Selain itu, konvensyen sukarelawan, konvoi kenderaan pacuan empat roda, pertunjukan 'martial art' pelbagai kaum, persembahan kesenian muzikal, seminar tahfiz dan pelbagai acara yang lain turut diadakan," katanya.

Beliau berkata, karnival berkena mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghayati mesej Islam sebagai agama rahmah untuk semua melalui pelbagai aktiviti berkonsepkan pendidikan, rekreasi, santai, hiburan, kekeluargaan, sukan, 'eco-friendly' serta keharmonian hidup pelbagai latar masyarakat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!