Solskjaer masih dalam ‘zon selamat’

Solskjaer
Solskjaer
A
A
A

OLE Gunnar Solskjaer masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan Manchester United untuk membimbing The Red Devils sekalipun prestasi skuad kendaliannya terumbang-ambing ketika ini.

United kini menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalami kekalahan 0-2 kepada West Ham United Ahad lalu, sekali gus menyaksikan The Red Devils tewas 10 daripada 19 perlawanan dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun, pengurusan United tetap menaruh keyakinan kepada pengendali Norway itu untuk membina semula pasukan selepas beliau dilantik sebagai pengurus sepenuh masa pada Mac lalu.

“Semua pihak dalam kelab bermula daripada pemilik sehinggalah para pemain tetap percaya dengan kemampuan beliau (Solskjaer). Kami tetap fokus bagi mengharungi persaingan musim ini dengan memburu trofi kejuaraan.

“Pada masa sama, kami cukup teruja dengan kehadiran ramai pemain muda berbakat hasil daripada program pembangunan dan akademi kami sendiri sejak lima tahun lalu,” kata jurucakap United.

Menurut laporan media di Britain, United akan mengeluarkan dana kepada Solskjaer jika beliau mahu mendapatkan pemain baharu pada musim perpindahan Januari depan.

Pada awal musim ini, United telah membelanjakan kira-kira £150 juta pound (RM779 juta) bagi mendapatkan khidmat Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James.

Artikel Berkaitan: