Kerajaan PH perlu hentikan kerakusan bank

S Arutchelvan
S Arutchelvan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan bagi menghentikan kerakusan bank-bank komersil daripada mengenakan caj tambahan perkhidmatan kaunter dan mesin deposit tunai(CDM) terhadap pelanggan.

Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, tindakan tamak bank komersil ini didakwa mempunyai motif tersembunyi bagi memaksa lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan atas talian.

Menurutnya, PSM membantah tindakan bank-bank terlibat kerana akan membebankan golongan berpendapatan rendah, kurang berpendidikan dan tinggal di kawasan luar bandar kerana golongan ini bukan terdiri orang berada.

"Tindakan ini juga akan mengurangkan peluang pekerjaan sekaligus meningkatkan pengangguran di mana pihak yang untung hanyalah golongan pemegang saham, kakitangan berpendapatan tinggi manakala pekerja menguruskan kaunter di bank akan kehilangan pekerjaan.

"Jika hendak menjimatkan wang, bank sepatutnya mengambil langkah mengurangkan dividen kepada pemegang saham atau gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank mereka di mana lima daripada 10 CEO bank menjadi penerima pendapatan paling tinggi negara kita bagi tahun 2019,"katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: