Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas

Jenazah tiga beradik selamat disemadikan dalam satu liang lahat pada jam 6.55 petang.
Jenazah tiga beradik selamat disemadikan dalam satu liang lahat pada jam 6.55 petang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat di sini semasa pengkebumian jenazah tiga beradik yang lemas dalam tragedi di Pantai Sura, Dungun, Terengganu.

Jenazah tiga beradik itu, Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sufia Zawawi, 8, dan Nurain Sasabila Zawawi,5, selamat disemadikan dalam satu liang lahat pada jam 6.55 petang.

Terdahulu jenazah tiga beradik itu tiba di Kampung Rahmat pada jam 6.15 petang dan kemudian disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih 300 sanak-saudara termasuk penduduk kampung hadir ke pengkebumian tersebut.

Solat jenazah diimamkan Adun Gual Periok, Datuk Muhammad Awang.

Semalam, tiga beradik ini lemas selepas ditelan ombak besar ketika bermain di Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Artikel Berkaitan: