Warga Indonesia dicekup bawa rokok seludup

Sejumlah 425 karton rokok ditemui dalam kereta yang dipandu suspek di Jalan Cemperai 2 Kangkar Teberau, Johor malam tadi.
Sejumlah 425 karton rokok ditemui dalam kereta yang dipandu suspek di Jalan Cemperai 2 Kangkar Teberau, Johor malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cubaan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan rokok bernilai RM56,546 terbongkar selepas ditahan di Jalan Cemperai 2 Kangkar Teberau di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Ja'afar Kaimi berkata, kegiatan lelaki berusia 26 tahun itu dikesan sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 5 PGA kira-kira jam 11 malam.

"Suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki sebuah kereta jenis Proton Exora.

"Pemeriksaan di bahagian penumpang belakang menjumpai 425 karton rokok seludup pelbagai jenama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejumlah 425 karton rokok ditemui dalam kereta yang dipandu suspek di Jalan Cemperai 2 Kangkar Teberau, Johor malam tadi.
Sejumlah 425 karton rokok ditemui dalam kereta yang dipandu suspek di Jalan Cemperai 2 Kangkar Teberau, Johor malam tadi.

Katanya, kenderaan yang dinaiki suspek turut dirampas.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: