NGO, orang ramai dipelawa sertai lawatan sempena Hari Kesenian Melayu di Bangkok

Ali
Ali
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mempelawa mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertai lawatan muhibah sempena Sambutan Hari Kesenian Melayu di Bangkok, Thailand bermula 28 September ini.

Pengerusi DMDI, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, program yang akan berakhir 30 September itu akan membawa peserta menjelajah ke kawasan bersejarah Islam di kota itu.

“Antara tempat-tempat menarik yang akan dilawati peserta sepanjang tiga hari mengikuti program itu ialah Provinsi Ayutthaya, Masjid Kaewnimitr dan Universiti Rangsit sebagai lokasi kemuncak program itu,” katanya.

Sehubungan itu, mana-mana peserta yang berminat diminta menghubungi wakil penganjur, Hazleen ditalian 012-3085767 atau pejabat DMDI 06-2323223 untuk pertanyaan lanjut dan tempat yang disediakan terhad kepada yang terawal.

Untuk makluman, DMDI mempunyai hubungan dengan NGO Islam dan Melayu di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: