Pesawat kargo hilang: SAR hari keempat tergendala

Pesawat Twin Otter DHC6-400 berlepas dari bandar Timika menuju ke Ilaga.
Pesawat Twin Otter DHC6-400 berlepas dari bandar Timika menuju ke Ilaga.
A
A
A

TIMIKA - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Twin Otter DHC6-400 yang terputus hubungan sejak Rabu lalu memasuki hari keempat hari ini.

Namun pencarian tergendala kerana masalah cuaca buruk dan jerebu memaksa pasukan SAR berpatah balik atas faktor keselamatan berikutan tahap penglihatan yang rendah.

Ketua operasi SAR Timika, Monce Brury berkata, operasi mencari telah dilakukan sebanyak dua kali pada pagi ini.

"Pada pukul 05.36 (waktu tempatan), pesawat Susi Air PK-VVZ terbang ke lokasi pencarian, tetapi tidak dapat meneruskan pencarian kerana cuaca buruk.

"Akhirnya, pesawat kembali ke Timika pada pukul 7.00 pagi," katanya.

Pasukan SAR pesawat Twin Otter DHC6-400 Indonesia yang hilang Rabu terpaksa berpatah balik ekoran cuaca buruk. - Foto Kompas
Pasukan SAR pesawat Twin Otter DHC6-400 Indonesia yang hilang Rabu terpaksa berpatah balik ekoran cuaca buruk. - Foto Kompas

Katanya, operasi mencari diteruskan jika cuaca di Timika dan lokasi pencarian bertambah baik.

Tambahnya, sebuah helikopter juga telah bersiap sedia untuk mencari pesawat di kawasan lembah pergunungan dimana ia merupakan kawasan terakhir dikesan sebelum terputus hubungan iaitu 15 kilometer (KM) dari Ilaga.

Artikel Berkaitan:

Rabu lalu, pesawat jenis kargo dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Pesawat Twin Otter DHC6-400 berlepas dari bandar Timika pada jam 10:39 pagi (waktu tempatan) menghala ke Ilaga, sebuah kawasan pergunungan di wilayah timur terpencil Papua dan dijangka tiba 50 minit selepas berlepas.

Namun, selepas lebih dua jam, tiada sebarang maklumat dari lapangan terbang berhampiran berhubung lokasi pesawat sehingga pesawat itu diumumkan terputus hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat kargo Indonesia masih gagal ditemui

Pesawat kargo hilang di timur Indonesia