Mustapha terima anugerah khas dari Kemboja

Mustapha (dua dari kiri) memegang sijil penghargaan diterima daripada Pengetua Sekolah Tahfiz, Ustaz Ramly Yusof. Turut hadir, Abd Manap (dua dari kanan).
Mustapha (dua dari kiri) memegang sijil penghargaan diterima daripada Pengetua Sekolah Tahfiz, Ustaz Ramly Yusof. Turut hadir, Abd Manap (dua dari kanan).
A
A
A

KEMBOJA - Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima beberapa anugerah daripada penduduk Kampung Pak Phou dan Kampung Jamuan Sempadan di sini.

Anugerah itu diterima bagi menghargai jasa yang disumbangkan beliau lebih 20 tahun di negara itu.

Mustapha dalam satu kenyataan berkata, penghormatan yang diterima merupakan satu pengiktirafan buat dirinya yang melakukan aktiviti amal kepada masyarakat di negara terbabit.

"Saya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan penderma. Sebagai NGO yang beroperasi di pentas antarabangsa, kita perlu menjaga imej demi negara tercinta.

"Saya lakukan ini demi negara termasuk kes pembebasan 47 tahanan rakyat Malaysia dari penjara Kemboja, Februari lalu," katanya.

Mustapha menerima sijil perhargaan daripada Abd Manap sambil disaksikan penduduk Kampung Jamuan Sempadan.
Mustapha menerima sijil perhargaan daripada Abd Manap sambil disaksikan penduduk Kampung Jamuan Sempadan.

Dalam pada itu, Pengerusi Kampung Pak Phou, Hakim Mutalib Isa berkata, Mustapha adalah tokoh NGO yang melakukan pelbagai kebajikan dan pada masa sama mendidik umat Islam berdikari, bekerjasama dan menjalin perhubungan baik dengan lain-lain kaum di sini.

Artikel Berkaitan:

“Beberapa daerah telah memberi penghargaan khas dengan pelbagai pengiktirafan. Mustapha bukan sahaja sebagai Tokoh NGO Antarabangsa malah tokoh keamanan, perpaduan, kebajikan dan kemanusiaan sejagat.

“Banyak jasa yang disumbangkan untuk kebajikan ummah di kampung ini apabila beliau berjaya membina telaga, sekolah agama, masjid, jalan kampung yang baik dan projek tanah perkuburan yang tersusun serta bantuan fakir miskin.

"Ini dapat dilihat dengan pelbagai pengiktirafan dari banyak province kepada beliau termasuk sebagai Tokoh NGO Antarabangsa malah kerajaan Kemboja pun memberi pengiktirafan tertinggi negara melalui Perdana Menteri, Hun Sen," katanya.

Mustapha (tiga dari kanan) menerima sijil perhargaan daripada Hakim sambil disaksikan penduduk Kampung Pak Phou.
Mustapha (tiga dari kanan) menerima sijil perhargaan daripada Hakim sambil disaksikan penduduk Kampung Pak Phou.

Sementara itu, Ketua Kampung Jamuan Sempadan, Abd Manap Mohd Zin berkata, penghargaan diberikan bagi menghargai jasa dan sumbangan Mustapha dalam pembangunan kampung terbabit.

"Mustapha banyak menyumbang dalam pembangunan kampung ini melibatkan pendidikan, kebajikan dan pentadbiran.

"Beliau berjaya membuka sekolah agama tahfiz, masjid dan bantuan kepada fakir miskin, mualaf dan anak yatim di sini. Jarang kita jumpa individu yang mempunyai kelebihan serta keunikan sebegini," katanya.