KPDNHEP KL lupus barang tiruan bernilai RM850,000

Azeem (dua dari kiri) menunjukkan barangan tiruan yang dilupuskan pihaknya hari ini.
Azeem (dua dari kiri) menunjukkan barangan tiruan yang dilupuskan pihaknya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barangan tiruan bernilai RM850,000 membabitkan 42 kes dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, kesemua kes membabitkan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurutnya, antara barangan yang dilupuskan ialah tali pinggang, selipar, kasut, minyak pelincir, produk kosmetik, minuman keras, beg tangan dan telefon pintar.

"Kebanyakan barang dirampas melalui operasi di pasar malam dan premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur.

“Perintah pelupusan ini dilaksanakan selepas kita mendapat arahan daripada mahkamah dan pengawal perihal dagangan," katanya dalam sidang akhbar di Stor KPDNHEP Kuala Lumpur di Kompleks Sentral 33, Jalan Segambut Atas.

Antara barang yang dilupuskan KPDNHEP Kuala Lumpur hari ini.
Antara barang yang dilupuskan KPDNHEP Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, bermula Januari hingga kini pihaknya merekodkan 96 kes membabitkan rampasan sebanyak 70,390 pelbagai barangan disyaki tiruan dengan nilai sitaan mencecah RM2.46 juta.

"Barangan ini termasuk seluar, baju, tali pinggang, dompet, beg tangan, bagasi, cermin mata dan jam tangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihaknya mengingatkan individu atau syarikat supaya tidak menjual barangan tiruan bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan.

Antara barang yang dilupuskan KPDNHEP Kuala Lumpur hari ini.
Antara barang yang dilupuskan KPDNHEP Kuala Lumpur hari ini.