545 pemilik tanah tuntut campur tangan MB

Nagappan (dua, kiri) menyerahkan memorandum kepada Wakil Pejabat Menteri Besar Perak, Khairul Shahril Amin di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Nagappan (dua, kiri) menyerahkan memorandum kepada Wakil Pejabat Menteri Besar Perak, Khairul Shahril Amin di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
A
A
A

IPOH - Seramai 545 peneroka tanah plot PN 35553, Lot 9108, Mukim Hutan Melintang, Bagan Datuk meminta campur tangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap masalah yang dihadapi mereka.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak bagi isu terbabit, M Nagappan berkata, pada awalnya, ia adalah tanah keveat atas nama peneroka pada tahun 1992 seluas 1,600 hektar.

Menurutnya, pada tahun 1994 kebanyakan peneroka terkejut apabila kaveat tersebut dimansuhkan dan digantikan dengan nama lain.

“Jadi kami pada hari ini meminta campur tangan menteri besar untuk mendedahkan bagaimana kaveat yang kami buat boleh dimansuhkan dan ditukar kepada individu lain.

“Kami mahukan penjelasan ini kerana perkara ini akan dibawa ke mahkamah supaya peneroka mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum tersebut di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Nagappan berkata, perkara tersebut sebelum ini sudah pun dibawa ke mahkamah malah peneroka pernah menang kes tersebut, namun dalam rayuan keputusan terbaharu tidak memihak kepada peneroka.

"Campur tangan menteri besar penting bagi memastikan usaha membela nasib peneroka tanah ini berjaya. Kita juga akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Peguam Negara untuk dipertimbangkan supaya semakan semula kehakiman bagi kes tersebut dibuat," katanya.

Sementara itu, menurutnya lebih 100 orang peneroka dan pembeli tanah tersebut hadir pada menyerahkan memorandum tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya hampir kesemua peneroka mahu hadir tetapi atas nasihat polis kita hadkan jumlah supaya keadaan lebih terkawal," katanya.