Warga emas dibunuh, tangan diikat

PDRM
PDRM
A
A
A

AMPANG - Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan tangan berikat dalam rumahnya di Flat PKNS Jalan Tasik Tambahan 2 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 5.32 petang daripada anak mangsa.

"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa berumur 85 tahun dipercayai telah dibunuh di dalam biliknya dalam keadaan tangan diikat di belakang dan bahagian kepala ditutup dengan kain.

"Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Jika orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan A Wiswanathan di talian 012-3198918," katanya.

Artikel Berkaitan: