Rokok seludup RM5.142 juta dirampas

Rampasan rokok yang dibuat dalam Op Asap di Puchong Selangor semalam.
Rampasan rokok yang dibuat dalam Op Asap di Puchong Selangor semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran rokok seludup yang aktif di sekitar Lembah Klang tumpas dengan nilai rampasan dan sitaan mencecah RM5.142 juta.

Kejayaan itu susulan operasi Op Asap Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman di Puchong semalam.

Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi itu berjaya menahan seramai enam lelaki berusia 24 hingga 52 tahun.

"Semakan mendapati tiga daripada suspek terbabit adalah warga Myanmar.

"Semakan awal yang dibuat juga mendapati salah seorang tangkapan memiliki rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, sebanyak 21,800 karton rokok putih dengan 11,130 karton rokok kretek pelbagai jenama dirampas.

Turut dirampas sebuah lori Hino, dua buah kereta jenis Toyota Vios dan Nissan Sentra.

Artikel Berkaitan:

Antara kenderaan yang dirampas dalam Op Asap di Puchong Selangor semalam.
Antara kenderaan yang dirampas dalam Op Asap di Puchong Selangor semalam.

Katanya, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM5,142,888.

"Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga Rabu depan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.