Selangor sentiasa bersedia hadapi jerebu: Amirudin

Amirudin (lima dari kanan) dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud (lima dari kiri) bersama tenaga pengajar Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) pada Pelancaran AKW Peringkat Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini. -Foto Bernama
Amirudin (lima dari kanan) dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud (lima dari kiri) bersama tenaga pengajar Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) pada Pelancaran AKW Peringkat Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sentiasa mengambil langkah bersedia dalam menghadapi jerebu.

Ini termasuk dengan melakukan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membawa kepada hujan untuk mengurangkan jerebu ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya menjangkakan jerebu akan melanda dengan sedikit teruk pada minggu ini dan minggu hadapan.

"Hasil daripada Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar, dijangkakan minggu ini dan seminggu akan datang jerebu lebih teruk disebabkan perubahan angin monsun.

"Pada minggu berikutnya pula angin monsun akan menolak kembali jerebu ini ke tempat dan lokaliti lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya juga melakukan OPA tengahari tadi.

"Walaupun tiada hujan saya kira dalam sedikit masa lagi ia akan membenihkan hasil iaitu hujan yang dapat mengurangkan jerebu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kualiti udara dalam negara hari ini secara keseluruhannya semakin menurun dengan keadaan jerebu bertambah buruk.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan pada jam 11 pagi itu menunjukkan lapan stesen mencatatkan IPU sangat tidak sihat, 35 stesen IPU tahap tidak sihat dan 24 stesen mencatatkan kualiti udara sederhana.

"Ini adalah disebabkan oleh jerebu merentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan dan perladangan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia,” menurut kenyataan JAS.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.