Jerebu tahap sederhana di Kelantan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan jerebu di Kelantan tidak banyak berubah apabila dua stesen masing-masing di Kota Bharu dan Tanah Merah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Hamzah Mohamad berkata, hujan serta ribut petir di beberapa kawasan banyak membantu mengekalkan bacaan indeks udara di negeri ini pada tahap sederhana seperti semalam walaupun terdapat sedikit peningkatan.

“Bacaan IPU bagi stesen Kota Bharu ialah 85 dan Tanah Merah 81 berbanding 60 (Kota Bharu) dan 54 di Tanah Merah untuk tempoh masa sama semalam.

“Hujan serta ribut petir di beberapa kawasan banyak membantu mengekalkan bacaan indeks udara di negeri ini pada tahap sederhana seperti semalam walaupun terdapat sedikit peningkatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hamzah berkata, udara di Kelantan masih berada dalam kualiti yang baik dan selamat dan pihaknya sentiasa membuat pemantauan berhubung trend perubahan cuaca semasa selain membuat operasi memantau pembakaran secara terbuka di seluruh negeri.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama

Artikel Berkaitan: