'Sweetnya' Tun Siti Hasmah bersama Tunku Azizah

Tunku Azizah bersama Dr Siti Hasmah ketika membaca Yasin semalam menarik perhatian ramai netizen.
Tunku Azizah bersama Dr Siti Hasmah ketika membaca Yasin semalam menarik perhatian ramai netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian momen Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika membaca Yasin semalam menarik perhatian ramai netizen.

Menariknya, gambar yang dikongsi menerusi Instagram Istana Negara itu menonjolkan imej yang sangat indah.

Rata-rata netizen menyifatkan kedua-dua mereka sangat manis ketika saling berinteraksi ketika itu.

"So sweet, Tun Siti dan Tuanku Permaisuri, permata hati rakyat, ibu pertiwi," demikian kata Nunuin.

Nunuin berkata demikian merujuk gambar Raja Permaisuri Agong bersama Siti Hasmah ketika Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara.

Gambar itu memaparkan Raja Permaisuri Agong berada di samping Siti Hasmah dengan imej digambarkan seperti ibu dan anak yang saling sayang-menyayangi.

"Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Masya-ALLAH, Tabarakallah," kata eddiehasbullah.

Kaklongaini pula berkata, "Ya ALLAH, mulianya hati Tunku Permaisuri, seorang permaisuri yang berjiwa besar."

Artikel Berkaitan:

Perkongsian gambar berkenaan mendapat 20,000 lebih tanda 'cinta' dan lebih 500 komentar netizen yang rata-rata suka dengan perkongsian berkenaan.

Raja Permaisuri Agong sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan seorang yang sangat merendah diri.