‘Kami tak sepatutnya tewas perlawanan seperti ini’

Lampard melihat situasi pemainnya, Mason Mount yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang Valencia di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Lampard melihat situasi pemainnya, Mason Mount yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang Valencia di Stamford Bridge awal pagi tadi.
A
A
A

FRANK Lampard menyifatkan Chelsea seharusnya memenangi aksi pembuka tirai Kumpulan H Liga Juara-Juara ketika tewas 0-1 menentang Valencia di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Pengendali The Blues itu berkata, kelab kendaliannya itu sewajarnya menoktahkan aksi di laman sendiri dengan tiga mata berdasarkan deretan peluang untuk merobek gawang pelawat.

“Apa yang pasti kami tidak seharusnya kalah pada perlawanan seperti ini.

“Kami memiliki beberapa peluang kemudian penalti yang dipersiakan begitu sahaja,” katanya.

Pada aksi itu, Valencia kendalian Albert Celades hanya mampu merobek gawang tuan rumah hasil jaringan tunggal lewat perlawanan Rodrigo Moreno.

Pemain Chelsea, Ross Barkley selepas itu melepaskan peluang keemasan menyamakan kedudukan minit ke-86 apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Bagaimanapun Lampard optimis Chelsea akan kembali menemui rentaknya selepas kekalahan tipis berkenaan.

Artikel Berkaitan: