Projek Gunasama Persekutuan bukan projek zaman PH: Sazmi

Sazmi
Sazmi
A
A
A

GUA MUSANG - Projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta bukan projek pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah berkata, projek itu telah dicadangkan sejak 2016 dan difahamkan ia sudah melalui proses reka bentuk.

Bagaimanapun katanya, pembinaan perlu diteruskan kerana memberi banyak manfaat kepada ekonomi Kelantan.

"Kita mengalu-alukan projek ini kerana hasil daripada pembangunan ini dapat mengembangkan ekonomi setempat di samping membantu kontraktor kecil di Kelantan setelah sekian lama tiada projek.

"Kaedah perolehan pula, kita serah kepada budi bicara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

"Kita percaya kerajaan hari ini telus dan rundingan yang dibuat berasaskan perkiraan yang betul berbanding kerajaan sebelum ini yang banyak menjurus kepada ketirisan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambah Sazmi, kaedah runding terus dapat menjimatkan kerajaan semasa dan boleh mempercepatkan perlaksanaan projek.

"Walaupun ia projek sambungan dari kerajaan terdahulu namun ia perlu diteruskan dengan segera demi manfaat kepada ekonomi negeri kita.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya proses buka semula tender dibuat, ia akan memakan masa yang lama dan merugikan kita," katanya.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri mengenai kelulusan projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Kota Bharu, Kelantan yang didakwa dilakukan secara rundingan terus.

Menurutnya, kelulusan projek berkenaan bukan ditandatangani beliau, sebaliknya berkemungkinan ditandatangani oleh pegawai lain di Kementerian Kewangan.

Sebelum itu, Dr Mahathir memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai kelulusan projek berkenan dan akan menyemak perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu projek RM450 juta: Guan Eng akan bincang dengan PM