Prayut pertahan polis pantau pelajar Islam

Prayut Chan-o-cha
Prayut Chan-o-cha
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mempertahankan tindakan polis mengumpul maklumat mengenai pelajar minoriti Islam dari universiti di seluruh negara selepas mengkritik ia sebagai diskriminasi dan menyalahi undang-undang.

Menurut Prayut, permintaan polis dibuat susulan beberapa siri letupan bom di Bangkok pada Ogos lalu yang menuduh orang Islam sebagai suspek.

Selain itu katanya, pengumpulan maklumat bertujuan membina pangkalan data keselamatan negara.

"Polis telah menegaskan ia adalah untuk mewujudkan pangkalan data risikan. Tiada pelanggaran hak. Kita tidak boleh menguruskan apa-apa jika tiada data," tegas Prayut.

Menerusi surat rasmi daripada polis yang dikongsi secara atas talian oleh bekas pesuruh hak asasi, Angkhana Neelapaijit, polis meminta pihak universiti memberikan maklumat mengenai nombor, tempat lahir dan maklumat lain mengenai pelajar Islam.

"Ini adalah gangguan kepada hak peribadi dan diskriminasi berdasarkan agama. Kebebasan beragama dan hak privasi dilindungi Perlembagaan Thailand," katanya.

Sementara itu, sumber polis memberitahu pengumpulan maklumat mengenai orang Islam adalah berikutan serangan pada 2 Ogos yang mencederakan empat orang selepas enam bom kecil dan empat peranti kebakaran meletup di Bangkok. - Agensi

Artikel Berkaitan: