Yakin dengan pucuk pemimpin baru PKR

Haslindalina (tengah) bersama barisan wanita PKR Paya Besar pada mesyuarat itu malam tadi.
Haslindalina (tengah) bersama barisan wanita PKR Paya Besar pada mesyuarat itu malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Wanita PKR Paya Besar yakin dengan barisan kepimpinan tertinggi parti itu yang dilihat mampu mencapai matlamat menawan negeri ini pada PRU15.

Ketua Komunikasi dan Media Wanita PKR Cabang Paya Besar, Fairuliza @ Massuria Msnan berkata, semua barisan kepimpinan wanita percaya dengan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri negeri (MPN) yang baru dilantik iaitu Fuziah Salleh.

“Kami percaya di bawah kepimpinan beliau (Anwar) dan Fuziah di negeri ini akan dapat dikembangkan pengaruhnya dan sekaligus mencapai matlamat menawan Pahang pada PRU akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita Cabang, Haslindalina Hashim telah mengadakan perbincangan dan melantik beberapa AJK Tambahan dan Biro-biro yang akan diberikan peranan tertentu bagi menggerakkan akiviti Wanita di Paya Besar.

Mesyurat itu diadakan di pejabat Ranting PKR Taman Tas, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menyatakan sebulat suara sokongan kepada Anwar di dalam menggunakan budi bicara di bawah kuasanya mengikut Perlembagaan Parti sebagai Presiden untuk melantik beberapa jawatan utama di dalam parti.

Selain itu, wanita PKR akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada Fuziah yang akan mengemudi PKR di negeri ini.

“Kami juga merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada bekas Pengerusi MPN, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman yang telah membuka jalan sehingga parti ini berkembang seterusnya mendapatkan beberapa di negeri ini pada PRU13.

Artikel Berkaitan:

“Seterusnya berjaya mengekalkan semua kerusi PKr di dalam PRU14 yang lalu,” katanya.