Sorotan 2018: Kejadian yang menarik perhatian di Johor

A
A
A

25 Januari - Tular video lelaki digilis lori tangki minyak

SEGAMAT - Rakaman video seorang pembonceng motosikal yang digilis lori tangki minyak sehingga kaki kanannya putus di Buloh Kasap tular di media sosial.

21 Mac - Kejadian Kapal korek terbalik

No Image Caption

MUAR - Seorang wanita antara 14 mangsa krew yang dipercayai terperangkap di bawah kapal korek pasir selepas ia dilaporkan terbalik.

12 April - Berita palsu TMJ belanja orang Pontian

No Image Caption

PONTIAN - Lebih 1,000 pengunjung menanti penuh harap kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Pasaraya Econsave setelah terpengaruh dengan nota suara palsu yang tular mendakwa TMJ akan membayar barang yang diambil sebagaimana beliau lakukan di Aeon Mall Tebrau City, Johor Bahru sehari sebelum itu.

Artikel Berkaitan:

11 Mei - Johor tumbang ke tangan PH

No Image Caption

JOHOR BAHRU - Johor tumbang ke tangan PH selepas 61 tahun ditadbir BN apabila keputusan pilihan raya mencatatkan gabungan pembangkang terdahulu meraih 36 kerusi Dun manakala BN hanya mampu meraih 20 kerusi.

20 Jun - Budak 7 tahun maut terkena serpihan mercun

No Image Caption

KOTA TINGGI - Kegembiraan seorang kanak-kanak bermain di laman rumah datuknya pada malam raya bertukar duka apabila maut selepas empat hari bertarung nyawa akibat terkena serpihan mercun dipercayai dimainkan jirannya di Felda Papan Timur.

2 Julai - Bot pancung bawa 44 Pati karam

PENGERANG - Seorang maut, 25 selamat manakala 18 yang lain hilang selepas bot pancung dipercayai membawa masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Batam karam di perairan Tanjung Punggai sekitar jam 4.45 pagi.

9 Ogos - Jangan jadi macam sarkas

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ingatkan semua Adun supaya menjaga adab dan tatatertib ketika berbahas di dalam Dewan Negeri Johor.

8 September - Empat sekeluarga maut

No Image Caption

SEGAMAT - Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di KM176 jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya.

26 September - Sultan Johor murka

No Image Caption

JOHOR BAHRU - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi.

18 Oktober - TMJ turun padang lawat Pasar Larkin

No Image Caption

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengunjungi pasar awam Larkin bagi tujuan mendapatkan gambaran jelas berkenaan peningkatan harga barangan mentah, sekali gus mahu memahami apa yang rakyat khususnya bangsa Johor sedang lalui pada masa ini.

14 November - Suami isteri parah ditetak

No Image Caption

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri warga emas parah ditetak oleh lelaki berseluar dalam di kediaman mereka di Taman Kobena Tampo, kira-kira jam 10 malam.

1 Disember - Suami isteri meninggal selang dua jam

No Image Caption

SIMPANG RENGGAM - Sepasang suami isteri di Kampung Chokro, bagaikan berjanji sehidup semati apabila meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam.

Bera Madiran yang juga imam Masjid Jamek Simpang Renggam ditemui meninggal dunia oleh isterinya, Siti Munah Damin, 66, kira-kira jam 4.30 pagi ketika dia bangun untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

6 Disember - Sengsara dalam tandas

No Image Caption

SEGAMAT-Seorang warga emas, Siti jauriah Ghani, 70, ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh anaknya, Yazid Haron,50, apabila terperangkap selama tiga hari kerana lengan kirinya tersekat di dalam lubang air.

22 November - Putera Sulung TMJ dimasyur Raja Muda Johor

No Image Caption

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik cucunda baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60 di Istana Besar, pada 23 November lalu.

12 November - Maritim selamatkan penyelam Singapura

No Image Caption

JOHOR BAHRU - Maritim Malaysia Johor berjaya menyelamatkan seorang penyelam warga Singapura yang dibawa arus hingga ke Tanjung Pengelih ketika melakukan kerja-kerja selenggaraan boya (North Point Buoy) di perairan republik berkenaan.

8 November - Bomba selamatkan wanita cuba terjun bangunan

No Image Caption

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri di tingkat 11, Program Perumahan Rakyat (PPR) Melana di Skudai.