Dr Mahathir hadiri perjumpaan bersama pimpinan Bersatu Sabah

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu ketika tiba bagi menghadiri perjumpaan bersama ahli jawatankuasa badan pimpinan Bersatu Sabah serta Ketua-ketua Srikandi dan Armada Sabah hari ini. -Foto: Bernama
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu ketika tiba bagi menghadiri perjumpaan bersama ahli jawatankuasa badan pimpinan Bersatu Sabah serta Ketua-ketua Srikandi dan Armada Sabah hari ini. -Foto: Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perjumpaan bersama pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah di sini.

Perjumpaan secara tertutup itu turut dihadiri Pengerusi Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ia turut membabitkan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Srikandi dan Armada Bahagian Bersatu Sabah.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu dalam rangka lawatan sehari di Sabah hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kemudian Menteri Kabinet Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.

Beliau yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba dari Kuching, Sarawak pagi tadi selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia malam tadi.

Dr Mahathir dijangka berlepas balik ke Kuala Lumpur petang ini. -Bernama

Artikel Berkaitan: