Pas terbuka jalin kerjasama dengan GPS berbanding PH

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

BINTULU - Pas terbuka untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama yang mahu dilakukan perlu melihat kepada keperluan serta keterbukaan GPS itu sendiri.

"Lihat kepada keperluan mengadakan hubungan dan terpulang kepada GPS untuk buat perubahan di Sarawak.

"Dalam hal ini, kita lebih percaya kepada GPS daripada PH yang sudah diberi kuasa untuk memerintah tetapi tidak mengikut manifesto yang dijanjikan," katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Rumah Panjang Gima Bintulu, di sini hari ini.

Tangkap layar video sidang media Abdul Hadi selepas Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Rumah Panjang Gima Bintulu, di sini hari ini.
Tangkap layar video sidang media Abdul Hadi selepas Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Rumah Panjang Gima Bintulu, di sini hari ini.

Abdul Hadi turut mengulas berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dan berharap masyarakat Cina memilih parti kaum Cina yang tidak ekstrem.

"Jangan pilih DAP, DAP parti kaum Cina yang ekstrem. Orang Bumiputera juga perlu pilih parti bukan PH," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga memberitahu, Pas menyertai program sambutan Hari Malaysia itu bertujuan mendekatkan parti itu dengan kaum asal di Sarawak.

Artikel Berkaitan:

"Kita datang berjumpa dengan masyarakat Iban yang bukan Islam untuk membuktikan boleh wujud hubungan masyarakat majmuk di Malaysia walaupun berbeza daerah atau wilayah," katanya.