Sekolah anjur solat sunat Istisqa mohon hujan

Solat sunat Istisqa diadakan di SK Rimba Terjun semalam.
Solat sunat Istisqa diadakan di SK Rimba Terjun semalam.
A
A
A

PONTIAN - Beberapa sekolah menengah dan rendah di daerah ini mengambil inisiatif menunaikan solat sunat Istisqa di sekolah masing- masing dalam usaha memohon hujan dan mengurangkan jerebu yang melanda sejak kebelakangan ini.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Benut, SMK Telok Kerang, Sekolah Kebangsaan (SK ) Rambah, SK Seri Sinaran Tampok, SK Pekan Nanas dan SK Rimba Terjun.

Pegawai Pendidikan Daerah, Shaharudin Basri Ibrahim berkata, pihaknya amat menggalakkan sekolah mengadakan solat sunat Istisqa.

Katanya, penglibatan sekolah amat memberangsangkan, di mana cuti sekolah yang diberikan disebabkan penutupan sekolah akibat IPU melebihi 200 semalam dimanfaatkan bagi mengadakan solat sunat Istisqa.

Sebanyak 100 sekolah di daerah ini diarah tutup berikutan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) 220.

Terdapat 13 sekolah menengah harian, 55 sekolah kebangsaan, 25 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), tiga sekolah agama bantuan kerajaan, sebuah sekolah tingkatan enam, sebuah kolej vokasional, sebuah sekolah rendah agama bersepadu dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pontian.

Artikel Berkaitan: