X

Kindly register in order to view this article
!

Serah pucuk pimpinan tentukan hala tuju kerjasama Pas-UMNO

Ahmad Fadhli
A
A

PASIR MAS - Pemuda Pas menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan hala tuju kerjasama dengan UMNO termasuk pembentukan kerajaan campuran di Kelantan dan Terengganu selepas termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara kedua-dua parti itu.

Timbalannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dengan adanya penyatuan itu, tiada lagi alasan untuk UMNO berada di luar kerajaan di kedua-dua negeri berkenaan.

"Begitu juga dengan Pas di negeri yang bawah pentadbiran UMNO iaitu Pahang dan Perlis," katanya mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengakui parti itu ada merancang untuk membawa UMNO menyertai pentadbiran Kelantan dan Terengganu.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, penyatuan ummah merupakan satu detik yang akan terpahat dalam lembaran sejarah sampai bila-bila.

Katanya, penyatuan itu diumpamakan sebagai kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union pada 1946.

"Kebangkitan itulah yang telah mencetuskan semangat sehingga kita mencapai kemerdekaan pada 1957.

"Apa yang lebih penting penyatuan ummah telah memahat kesedaran dalam diri umat Islam dan bangsa Melayu supaya bersatu," katanya.

Menurutnya, sekiranya tiada penyatuan dikhuatiri akan membuka ruang kepada pihak lain mencetuskan suasana yang tidak harmoni seperti yang berlaku hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!