Lebih 34,000 rakyat Kelantan daftar e-Kasih layak terima manfaat

e-Kasih merupakan skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan.
e-Kasih merupakan skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan.
A
A
A

BACHOK - Seramai 34,196 rakyat Kelantan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama petani, penoreh getah dan nelayan yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima pelbagai skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan.

Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Dick Khuzariry Mohamad berkata, daripada jumlah itu, Kota Bharu merupakan jajahan paling ramai yang berdaftar iaitu 7,846 orang.

Beliau ditemui pada Program Merdeka Komuniti Taklimat Eksklusif Insentif kerajaan dan Terima Kasih Kerajaan Peringkat Jajahan Bachok di Universiti Malaysia Kelantan di sini hari ini.

Ketua Jajahan Bachok, Hazmi Abdul Hamid melakukan upacara penutupan yang turut dihadiri Pengarah Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck dan hampir 200 ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) jajahan Bachok.

Sementara itu, Ann Teck berkata, pihaknya percaya masih ramai penduduk Kelantan terutama di kawasan pedalaman yang tidak berdaftar disebabkan pelbagai masalah dan kekangan yang terpaksa mereka hadapi termasuk kurang kefahaman dan kos pengangkutan selain tidak mendapat penjelasan lanjut tentang faedah bantuan itu kepada mereka.

Beliau berkata, pihaknya bercadang turun padang untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dengan kerjasama ketua jajahan, ahli MPKK dan agensi yang terbabit dalam tempoh terdekat. - Bernama

Artikel Berkaitan: