Kenyataan Ismail Sabri berniat jahat: Fuziah

Fuziah
Fuziah
A
A
A

SHAH ALAM - Tarik balik kenyataan atau berdepan tindakan undang-undang.

Itu kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa persijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan.

Fuziah berkata, kenyataan Ahli Parlimen Bera itu berniat jahat bagi menanam ketakutan dalam kalangan orang Melayu Islam kononnya kerajaan Malaysia baharu dipimpin DAP.

Menurutnya, persijilan logo halal masih tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan tidak pernah diuruskan oleh badan atau agensi lain.

"Di bawah Bahagian Pengurusan Halal, Jakim menguruskan aspek-aspek berkenaan persijilan termasuk prosedur persijilan, takrifan halal serta sistem jaminan halal.

"Kenyataan Naib Presiden UMNO ketika berucap dalam Himpunan Penyatuan Ummah seperti mana laporan akhbar semalam mendakwa persijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan.

"Ia adalah satu kenyataan menyeleweng, fakta yang salah dan berunsur fitnah. Ia merupakan tindakan seorang pemimpin yang terdesak dan bankrap sokongan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menggesa Naib Presiden UMNO itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut serta diperbetulkan bagi mengelak salah faham berkaitan aspek halal dalam agama, atau bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan: