Enggan beri wang, ADUN Lobak diugut bunuh

Seh Yong (duduk, tengah) pada sidang media di pejabatnya di Lobak, Seremban hari ini.
Seh Yong (duduk, tengah) pada sidang media di pejabatnya di Lobak, Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Chew Seh Yong mendakwa diugut seorang lelaki yang tidak dikenali selepas beliau enggan memberikan wang sepertimana yang diminta.

Seh Yong berkata, beliau mengetahui masalah yang dihadapi lelaki itu selepas mendapat aduan daripada sebuah persatuan di Seremban.

"Pihak persatuan mengatakan lelaki berkenaan meminta mereka wang kerana mendakwa dalam kesusahan selepas keretanya rosak di Melaka.

"Lelaki itu juga mendakwa dia pernah membantu persatuan itu dengan menyumbangkan wang bernilai RM1,000 dan kali ini meminta pihak persatuan pula membantunya.

"Pada Selasa lalu, saya ada membuat transaksi kepada lelaki berkenaan atas dasar ingin membantunya," katanya.

Menurutnya, namun keesokan harinya lelaki berkenaan sekali lagi meminta duit namun beliau tidak menurutinya.

Gambar Seh Yong yang dipercayai akan dibunuh oleh bomoh negara jiran.
Gambar Seh Yong yang dipercayai akan dibunuh oleh bomoh negara jiran.

"Lelaki berkenaan kemudian mengugut saya dengan mengatakan saya dan ahli keluarga akan mati dengan senang.

Artikel Berkaitan:

"Dia turut memberikan gambar melalui WhatsApp di mana gambar itu bermaksud saya akan mati dengan senang melalui bomoh terkenal di negara jiran," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Dun Lobak hari ini.

Bagaimanapun bagi menjamin keselamatan beliau dan keluarga, Seh Yong sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban jam 11 pagi Rabu lalu.

Dalam pada itu, Seh Yong turut menasihatkan orang awam agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan tidak dikenali.