Pas rancang bawa UMNO sertai kerajaan Kelantan, Terengganu

Abdul Hadi (dua dari kanan) bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) bersama pimpinan UMNO dan Pas berdoa selepas menandatangani Piagam Permuafakatan Nasional pada HPU di PWTC hari ini. - FOTO: ZAHID IZZANI

A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu ada merancang untuk membawa UMNO menyertai pentadbiran Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, Pas yang ketika ini mentadbir kedua-dua negeri itu tidak mempunyai masalah melaksanakan perkara tersebut.

"Itu (perancangan untuk masukkan UMNO dalam pentadbiran kerajaan Terengganu dan Kelantan) tunggu bila tiba masanya.

"Memang ada rancangan untuk bawa UMNO sertai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

"Itu dalam keluarga kami," katanya pada sidang media Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Pas bersedia untuk membawa pemimpin UMNO menyertai pentadbiran kerajaan Terengganu dan Kelantan yang ketika ini dipimpin Pas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tahun lalu, Pas merampas pentadbiran Terengganu daripada Barisan Nasional, manakala Kelantan kekal ditadbir Pas.

Artikel Berkaitan: