Jangan bersikap penderhaka: Mufti Pahang

Abdul Rahman
Abdul Rahman
A
A
A

KUANTAN - Rakyat di negara ini diminta tidak bersikap seperti penderhaka kepada institusi beraja.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, tindakan menghina dan mengkritik secara keterlaluan oleh segelintir netizen tidak sewajarnya berlaku apatah lagi yang dikecam beragama Islam.

“Saya nasihatkan rakyat janganlah bersikap seperti penderhaka kepada raja-raja.. kenapa perlu beri kecaman sesama Islam.

“Orang Melayu perlu sedar bahawa institusi beraja ini tonggak pertahankan agama Islam, jadi sewajarnya institusi ini, taati dan jaga sebaiknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menutup laman Twitter rasminya, @cheaminahsayang disebabkan segelintir netizen yang bersikap kurang ajar dan menyatakan rasa kurang senang mereka secara terbuka terhadap Raja Permaisuri negara.

Pengguna Twitter yang menggunakan akuan bernama frdsarsf dikesan memulakan perkara itu dengan satu Tweet yang seakan mengajak orang ramai untuk menyekat Twitter milik Raja Permaisuri Agong dan puterinya, Tengku Puteri Iman Afzan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima satu laporan hina Raja Permaisuri Agong di Twitter

Tidak terhenti di situ sahaja, beberapa individu lain dilihat menyokong tindakan lelaki itu sambil mengeluarkan kenyataan kurang sopan terhadap Raja Permaisuri.

Artikel Berkaitan:

Malah, lelaki yang mencetuskan perkara itu juga seakan menyamakan kesetiaan rakyat terhadap Raja Permaisuri ini dengan sembah berhala.

Mengulas lanjut isu itu, Abdul Rahman berkata, penghormatan dan ketaatan pada institusi beraja perlu ada dalam setiap rakyat di negara ini.

“Orang yang patut kita hormat... kita hormatlah kerana raja ada lambang kedaulatan negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Patik minta ampun, patik derhaka...'