RON97 naik 3 sen seliter

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.53 seliter manakala harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa esok hingga 20 September.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pengekalan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya masing-masing adalah RM2.23 seliter dan RM2.29 seliter.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.20 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter," menurut kenyataan itu.

Berdasarkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu, anggaran subsidi petroleum yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 14 September sehingga 20 September adalah berjumlah RM68.71 juta. - Bernama

Artikel Berkaitan: