AJK DAP Perak sokong Kor Ming terus terajui parti

Laporan Sinar Harian kelmarin. Gambar kiri: Wong Kah Woh
Laporan Sinar Harian kelmarin. Gambar kiri: Wong Kah Woh
A
A
A

IPOH - Ahli Jawatankuasa DAP Perak akan memberikan sokongan penuh kepada pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming untuk terus memimpin parti itu di negeri ini.

Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, DAP Perak sentiasa dianggap sebagai contoh terbaik oleh negeri lain daripada segi pencapaian semasa Pilihan Raya Umum (PRU), pengurusan organisasi dalaman parti, pengurusan kewangan dan sebagainya.

Menurutnya, kejayaan itu didorong kepimpinan berkualiti dan semangat berpasukan yang tinggi di dalam parti.

"Jawatankuasa DAP Perak mengulangi sokongan kami terhadap kepimpinan pengerusi kami, Nga Kor Ming. Semua ahli seharusnya bersatu hati memperkukuhkan parti dan terus berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati.

"Kita perlu sentiasa ingat, semangat berpasukan yang membawa kita selama ini untuk bersama-sama," katanya dalam satu kenyataan di Facebook DAP Perak semalam.

Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAP kini berada dalam kerajaan dan berjaya meningkatkan kemudahan di kampung baharu.

"Kita juga berjaya menambahkan peruntukan untuk sekolah-sekolah dan seluruh kepimpinan di semua peringkat parti bersama-sama rakyat dalam Festival Tanglung yang berlangsung baru-baru ini," katanya.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Leow Thye Yih mendesak Kor Ming meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Perak kerana mendakwa kepimpinannya telah lari daripada prinsip demokrasi diamalkan sejak sekian lama di dalam DAP.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 2 ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti demi Paul Yong