Memali bukan lagi isu besar, kata Pas

Annuar (kiri) bersalaman dengan Takiyuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena Himpunan Penyatuan Ummah esok. - Foto ZAHID IZZANI
Annuar (kiri) bersalaman dengan Takiyuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sempena Himpunan Penyatuan Ummah esok. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dendam Pas terhadap Pas akibat peristiwa hitam berlaku di Kampung Memali, Kedah pada 1985 kini dianggap bukan lagi menjadi isu besar apabila wujudnya kerjasama menerusi penyatuan ummah yang bakal membawa agenda lebih besar untuk negara.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, setiap peristiwa pahit dalam UMNO dan Pas juga tidak sebesar agenda yang akan dimeterai menerusi Piagam UMNO dan Pas Sabtu ini.

“Kita kena tahu Memali berlaku semasa (pemerintahan) Perdana Menteri ke-4. Semua tahu siapa dia. Jadi sudah boleh dibuat pertimbangan.

"Peristiwa itu menjadi kecil apabila berlakunya penyatuan ummah. Ahli keluarga peristiwa Memali terima dengan hati terbuka.

"Setakat ini juga saya tidak terima sebarang persoalan daripada ahli Pas termasuk masyarakat Memali sendiri berkenaan penyatuan ummah ini,” katanya pada sidang akhbar sempena Himpunan Penyatuan Ummah di sini hari ini.

Ditanya bagaimana Pas pasti setiap keluarga yang terlibat dalam peristiwa itu dapat menerima perkara tersebut, Takiyuddin berkata, beliau yakin setiap ahli Pas patuh dengan pimpinan arahan parti.

No Image Caption

Malah, katanya, UMNO dan Pas Cawangan Memali juga kini lebih terbuka melaksanakan program bersama.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak melihat perlu timbul isu maaf memaafkan apabila wujudnya kerjasama UMNO dan Pas seperti sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M perlu minta maaf dengan Pas: Asyraf Wajdi

"Antara UMNO dan Pas, kita rujuk hanya satu sumber iaitu al-Quran dan sunnah dan dalamnya sudah tertulis mengenai soal maaf.

"Apabila bekerjasama, kita memandang ke hadapan dengan niat kerana ALLAH dan lakukan kerana agama memerintahkan kepada kami. Jadi tak perlu ada polemik perkara-perkara di belakang," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Perhimpunan Penyatuan Ummah 2019 yang bermula esok, Annuar menjangkakan kehadiran berlipat kali ganda berbanding sasaran awal iaitu 10,000 orang.

"Kita jangka puluhan ribu penyokong dan orang ramai akan hadir. Untuk itu kita telah menambah kepada 1,200 sukarelawan berbanding hanya 500 orang, bagi bekerjasama dengan anggota keselamatan memastikan himpunan tersebut berjalan lancar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya Melayu, semua kaum dijemput ke Himpunan UMNO-Pas