Langit kuning di Pekanbaru, Riau

Keadaan jerebu makin teruk di wilayah Riau.
Keadaan jerebu makin teruk di wilayah Riau.
A
A
A

PEKANBARU - Kebakaran hutan dan kawasan pertanian menyebabkan jerebu makin buruk di Pekanbaru, Riau.

Keadaan hari ini menunjukkan pemandangan kelihatan seperti cuaca mendung dan langit menguning akibat asap tebal.

Selain itu, jarak penglihatan juga merosot kepada 300 meter di beberapa tempat.

“Situasi jerebu di wilayah ini bertambah buruk akibat tiupan asap dari Jambi,” kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah, Edwar Sanger.

Satelit Terra/Aqua juga mengesan 1,316 titik panas dan paling banyak direkodkan sebanyak 437 di Sumatera Selatan disusuli wilayah Jambi dengan 420 manakala Riau hanya mencatatkan 279.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut menyediakan ‘rumah singgah’ kepada penduduk yang terjejas jerebu di beberapa wilayah selepas kebanyakan kawasan mencatatkan kualiti udara tahap bahaya. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan protes tapi tawar bantu Indonesia tangani kebakaran'

Artikel Berkaitan: