Mahasiswa bantah gabung UMT, UniSZA

1,000 mahasiswa UMT berkumpul di Dewan Sultan Mizan bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan penggabungan universiti itu dan UniSZA.
1,000 mahasiswa UMT berkumpul di Dewan Sultan Mizan bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan penggabungan universiti itu dan UniSZA.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan solidariti membantah cadangan gabungan universiti itu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Himpunan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Kesatuan Alumni MPP UMT itu berlangsung selama lebih satu jam bermula jam 5.30 petang tadi.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Hasyimi Hasyim Mohd Suddin, 22, berkata, bantahan secara aman itu diadakan bagi menolak cadangan penggabungan itu.

"Kami menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung cadangan itu.

"Kami juga akan menghantar petisyen bantahan kepada KPM berhubung bantahan penggabungan dua universiti ini," katanya ketika ditemui selepas Himpunan Tolak Penggabungan UMT- UniSZA di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua 1, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT, Nur Ainaa' Meor Ahmad Nazizan, 22, berkata, himpunan itu diadakan bagi menyatakan pendirian 10,000 mahasiswa universiti itu serta seluruh kakitangan UMT.

Katanya, penolakan gabungan dua universiti itu dibuat bagi mengekalkan fokus kedua-dua universiti.

"UMT terkenal dengan kepakaran dalam bidang maritim manakala UniSZA mempunyai kepakaran tersendiri.

Artikel Berkaitan:

"Kami khuatir dengan penggabungan ini, indentiti dan fokus universiti ini akan hilang begitu sahaja," katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya telah mengumpul 9,000 pungutan suara bantahan secara dalam talian (online).

"Petisyen yang dibuka secara online sejak Isnin lalu itu telah ditandatangani 9,000 pelajar UMT," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 23,000 pelajar UMT, UniSZA tolak penggabungan