Tentera Israel gempur kedai kek Palestin

Tentera Israel kerap melakukan tindakan provokasi ke atas penduduk Palestin di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
Tentera Israel kerap melakukan tindakan provokasi ke atas penduduk Palestin di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
A
A
A

RAMALLAH - Tindak-tanduk tentera Israel (IDF) semakin tidak terkawal apabila merosakkan harta benda milik penduduk Palestin di Tebing Barat.

Dalam kejadian terbaru semalam, beberapa anggota IDF menggempur sebuah kedai kek milik penduduk Palestin di kawasan Jabal al-Mawalih berhampiran Baitulaham dan menimbulkan kekacauan di premis berkenaan.

Saksi berkata, selepas melakukan pemeriksaan di kedai tersebut, tentera terbabit meneruskan operasi di kawasan kejiranan berhampiran.

IDF tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan tujuan operasi berkenaan dijalankan. - Agensi

Artikel Berkaitan: